Keutamaan Bulan Zulhijjah
Ibnu Abas ra merawikan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Hari,
di mana amal yang paling disukai Allah adalah hari ini (tanggal 10 Zulhijjah). Mereka
berkata, “Tidak termasuk jihad fisabilillah?” Jawab Nabi, “Tidak termasuk jihad
fisabilillah. Kecuali yang keluar dengan jiwa dan harta kemudian tidak kembali
dengan membawa sesuatu itu”.
Dari Jabir bin Abdullah ra berkata, “Telah bersabda
Rasulullah SAW:
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah dan
lebih utama kecuali pada tanggal sepuluh”. Ditanyakan, “Tidak kuga hari-hari (untuk
jihad) fisabilillah?” Baginda menjawab, “Tidak juga hari-hari fisabilillah. Kecuali
lelaki yang berjuang habis-habisan dan mukanya compang-camping fisabilillah”.
Dari Aisyah ra, “Seorang pemuda apabila tiba bulan
Zulhijjah, paginya ia berpuasa. Hal itu didengari oleh Rasulullah SAW. Baginda lalu
memanggilnya dan bersabda:
“Mengapa engkau berpuasa hari ini?” Lelaki itu
berkata, “Wahai Rasulullah, ini adalah hari besar dan hari haji, semoga Allah
mengikutkanku dalam doa mereka”. Baginda bersabda, “Sebenarnya bagi setiap hari
kamu berpuasa sama dengan seratus budak, seratus unta dan seratus kuda yang
dikorbankan untuk perjuangan fisabilillah. Pada hari Tarwiyah, maka untukmu
sama dengan seribu budak, seribu unta dan seribu kuda yang engkau korbankan
fisabilillah. Sedangkan pada hari Arafah, maka untukmu di situ, sama dengan dua
ribu kuda yang engkau korbankan untuk fisabilillah”.
Dan Rasulullah SAW juga bersabda:
“Puasa
hari Arafah sama dengan puasa dua tahun. Dan puasa hari Asyura (tanggal 10
Muharam) sebanding dengan puasa setahun”.
Dari Ibnu Mas’ud ra, “Sesungguhnya Allah SWT telah
memilih empat diantara hari, empat pula orang yang mendahului masuk Syurga. Dan
empat orang yang dirindukan Syurga.
Adapun
hari-hari itu adalah hari Jumaat. Di hari itu bila orang muslim memohon kepada
Allah dalam urusan dunia mahupun Akhirat, pasti Allah akan mengabulkannya.
Kedua,
hari Arafah. Pada hari itu Allah berfirman pada Malaikat, “Wahai Malaikat-Ku,
lihatlah hamba-Ku telah dating penuh kusut dan debu, telah menyedekahkan harta
dan memayahkan badannya, maka saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka”.
Ketiga,
hari Nahr. Jika pada hari itu seseorang berkorban (menyembelih binatang),
setiap titisan darah binatang korban itu akan menghapuskan dosa yang dibuatnya.
Keempat,
hari Aidil Fitri. Jika mereka berpuasa bulan Ramadhan, kemudian keluar (solat)
hari raya, maka Allah SWT berkata kepada Malaikat-Nya, “Setiap pekerja meminta
upahnya. Dan hamba-hamba-Ku telah berpuasa di bulan Ramadhan serta melakukan
solat hari raya. Maka saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka”. Dan Malaikat
menyeru, “Wahai Umat Muhammad,kembalilah! Allah telah menutup keburukanmu
dengan kebaikan”.
Adapun
bulan-bulan yang dipilih itu adalah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Sedangkan
wanita pilihan itu ialah Maryam binti Imran, Khadijahbinti Khuwalid, wanita
pertama yang diberikan kepada Allah dan Rasul-Nya, Aisyah binti Muzahim, isteri
firaun dan Fatimah binti Rasulullah SAW, pemimpin wanita Syurga.
Adapun
empat orang yang mula masuk ke Syurga ialah Muhammad SAW, mendahului bangsa
Arab. Salman mendahului bangsa Parsi. Suhaib mendahului bangsa Rom. Dan Bilal
mendahului bangsa Habsyi. Sedangkan empat orang yang dirindukan Syurga adalah
Ali bin Abi Talib, Salman al-Farisi, Ammar bin Yasir dan Miqdad bin Aswad.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang berpuasa di hari Tarwiyah, Allah memberinya pahala seperti pahala
kesabaran Ayub as atas balanya. Dan barangsiapa berpuasa pada hari Arafah,
Allah memberinya pahala seperti pahala Isa as”.
Nabi SAW bersabda:
“Pada
hari Arafah, Allah menaburkan rahmat-Nya. Tidak ada hari yang lebih banyak
orang dibebaskan dari neraka, kecuali hari itu. Barabgsiapa memohonkan hajat
kepada Allah pada hari Arafah dari urusan dunia mahupun akhirat, Allah pasti
memberinya”.
Dua hari
raya itu adalah kebahagian kaum muslimin. Tidak ada kebahagian yang lebih besar
melainkan dosa mereka terampun. Adapun hari Asyurah (10 Muharam) penebus dosa
setahun. Dan itu untuk Nabi Musa as. Sedang hari Arafah, yang mempunyai
keutamaan lebih daripada hari-hari lainnya adalah untuk Nabi Muhammad SAW.
Demikianlah hikmah dan keutamaan hari-hari tersebut.
Wallahua’lam.
(Penenang Jiwa: Imam Ghazali)
No comments:
Post a Comment