Diriku


"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku.

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada

Tuesday 22 October 2013

Bertaubatlah




Bertaubatlah

Bertaubat adalah wajib bagi setiap muslim. Allah swt telah berfirman:

            “Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha…”
(At Tahrim : 8)

Rasulullah saw bersabda:

            “Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah tidak suka berjumpa dengannya.”

            Pengertian fasik itu ada dua macam. Pertama fasik kafir. Kedua fasik fajir. Fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Keluar dari petunjuk dan masuk dalam kesesatan. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah:

            “…lalu ia meninggalkan perintah Tuhannya…”
(Al-Khafi : 50)

            Yakin dia telah membangkang terhadap perintah tuhannya untuk beriman. Fasik fajir ialah orang yang meninum arak memakan benda haram, berzina dan melakukan maksiat. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak sampai pada batas syirik.
            Perbezaan keduanya adalah bahawa fasik kafir akan diampunkan dengan bersyahadah dan bertaubat dan menyesal sebelum dia fasik fajir masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sbelum dia mati. Sesungguhnya setiap maksiat yang dating dari syahwat masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang dating dari kesombongan tidak akan diampunkan. Sebahagian punca kemaksiatan Iblis adalah daripada watak kesombongan. Oleh sebab itu seharusnya engkau bertaubat atas dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapan semoga Allah menerima taubatmu.
Alah swt berfirman:
“Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka…”
(Asy Syura : 25)
Rasulullah saw juga bersabda:
            “Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa”.
            Diceritakan bahawa jika seseorang berdosa, dituliskan dosa itu dalam buku catatan. Dan ketika di suatu hari ia berdosa lagi, maka dibukalah buku untuk mencatatkannya dan di situ pasti terdapat firman Allah:

            “…maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan…”
(Al-Furqan : 70)

             Yakni tempat syirik digantikan dengan iman. Zina akan digantikan keampunan dan tempat maksiat akan digantikan dengan taat.
            Diceritakan bahawa Umar bin Khattab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membawa botol yang disorok di sebalik bajinya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan engkau beri aku mali di hadapan Umar, jangan engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya”. Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka”. Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat”. Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan tenyata memang benar arak itu bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya kerana takut kepada makhluk saja. Allah lantas mengganti araknya dengan cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya. Allah akan menukar arak kejahatan kepada cuka ketaatannya.
            Tersebut pula dari Abu Hurairah ra, dia berkata, “Pada suatu malam, setelah solat isyak, aku keluar bersama Rasulullah saw. Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita, dia berkata, “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku sedang melakukan dosa. Apakah aku masih boleh bertaubat?” Kemudian kutanya dia, “Apakah dosamu itu?” Dia berkata, “Aku telah berzina dan membunuh anakku hasil dari zina”. Lalu aku berkata kepadanya, “Terlaknatlah engkau. Terlaknatlah engkau. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima”. Lalu wanita itu keluar dengan hati yang sedih dan pergi. Maka aku terfikir dalam hatiku. Mengapa aku berfatwa? Sedangkan Rasul berada di samping kami. Maka aku segera menemui baginda. Lalu baginda berkata, “Engkau sudah salah. Apakah engkau tidak mendengar ayat:

            “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain bersama Allah… Maka Allah akan mengganti kajahatan mereka dengan kanaikan…”
(Al-Furqan : 68-70)

Kemudian aku keluar dan berkata, “Siapa boleh menunjukkan padaku wanita yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah?” Lalu anak-anak berkata, “Dia telah gila wahai Abu Hurairah!” Namun ku cari dia sampai bertemu dan khabarkan kepadanya bahawa taubatnya masih boleh diterima. Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata, “Aku ada kebun. Maka aku sedekahkan ia kerana Allah dan Rasul-Nya”.
            Riwayat: Dari Utbah al-Ghuam ra, dia termasuk ahli fasik dan fujur. Terkenal suka membuat onar dan minuman arak. Pada suatu hati dia masuk ke majlis Hasan al-Basri saat beliau membaca tafsir ayat:

            “Belumlah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman, bahawa tunduk hati mereka untuk mengingati Allah…”
(Al-Hadid : 16)

            Nasihat yang diberikannya amat mengetuk hati hadirin sehingga mereka menangis. Kemudian ada seorang pemuda berdiri, seraya berkata, “Ya Sheikhul Mukminin! Adakah Allah menerima taubat orang fajir seperti aku ini?“ Lalu Sheikh menjawab, “Benar, Allah akan menerima taubat saat kefasikan dan kebiadapanmu”. Ketika Utbah al-Ghulam mendengar ucapan itu, wajahnya nampak girang, tubuhnya gementar, menjerit dan jatuh pengsan. Ketika dia sedar, Hasan lalu mendekatinya seraya membaca syair:
            Wahai pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati.
            Tahukah engkau balasan orang yang derhaka.
            Baginya Neraka Syair penuh gemuruh nyala api.
            Jika tahan api neraka berbuatlah derhaka.
            Jika tidak tinggalkan saja.
            Atas dosa yang engkau telah perbuat.
            Hapuskanlah sungguh-sungguh dengan bertaubat.

            Mendengar syair itu kembali Utbah menjerit dan jatuh pengsan. Dan ketika telah sedar, dia berkata, “Wahai Sheikh, apakah Allah menerima taubat hamba yang hina seperti aku ini?” Kemudian Sheikh berkata, “Apakah diterima taubat hamba yang membuat maksiat selain Tuhan yang Maha Pemaaf?” Lalu pemuda itu menghadapkan kepalanya ke langit dan memanjatkan tiga buah doa. Pertama dia berkata, “Ya Tuhanku, jika Engkau terima taubatkuserta mengampuni dosaku, muliakanlah aku dengan faham dan hafalan, sehingga aku hafal setiap ilmu dan ayat yang aku dengar”.  Kedua dia berkata, “Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan memiliki suara yang bagus. Sehingga orang yang mendengar ayat dariku bertambah iman dalam hatinya. Meskipun dia berhati keras”. Ketiga dia berkata, “Wahai Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari sesuatu yang tidak diduga”. Kemudian Allah mengabulkan semua dosnya. Sehingga bertambahlah kefahaman dan hafalannya. Ketika dia membaca Al-Quran, maka sedar dan bertaubatlah setiap orang yang mendengarnya. Setiap hari di rumahnya ada segelas minuman yang lazat dan dua potong roti. Tidak seorang pun yang tahu siapa yang meletakkannya sehinggalah dia meninggal dunia. Demikianlah inilah keadaan orang yang bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.
            Ada sebahagian ulama ditanya, “Apakah seseorang itu tahu bahawa taubatnya itu diterima atau ditolak?” Lalu ulama itu menjawab, “Tidak ada kepastian dalam hal itu. Akan tetapi ada tanda-tandanya. Bagi orang yang diterima taubatnya, dia sentiasa akan menjaga dirinya dari maksiat. Dalam hati seolah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingati Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal Akhirat yang banyak. Hanya sentiasa terpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukan”.

No comments:

Post a Comment