Bertaubatlah
Bertaubat adalah wajib bagi setiap muslim. Allah swt
telah berfirman:
“Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
taubat nasuha…”
(At Tahrim : 8)
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa
dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah tidak suka
berjumpa dengannya.”
Pengertian
fasik itu ada dua macam. Pertama fasik kafir. Kedua fasik fajir. Fasik kafir
adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Keluar dari
petunjuk dan masuk dalam kesesatan. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah:
“…lalu ia meninggalkan perintah Tuhannya…”
(Al-Khafi : 50)
Yakin
dia telah membangkang terhadap perintah tuhannya untuk beriman. Fasik fajir
ialah orang yang meninum arak memakan benda haram, berzina dan melakukan
maksiat. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak
sampai pada batas syirik.
Perbezaan
keduanya adalah bahawa fasik kafir akan diampunkan dengan bersyahadah dan
bertaubat dan menyesal sebelum dia fasik fajir masih boleh diampunkan dengan
bertaubat dan menyesal sbelum dia mati. Sesungguhnya setiap maksiat yang dating
dari syahwat masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang dating dari
kesombongan tidak akan diampunkan. Sebahagian punca kemaksiatan Iblis adalah
daripada watak kesombongan. Oleh sebab itu seharusnya engkau bertaubat atas
dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapan semoga Allah menerima taubatmu.
Alah swt berfirman:
“Dia yang menerima
taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka…”
(Asy Syura : 25)
Rasulullah saw juga bersabda:
“Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa”.
Diceritakan
bahawa jika seseorang berdosa, dituliskan dosa itu dalam buku catatan. Dan ketika
di suatu hari ia berdosa lagi, maka dibukalah buku untuk mencatatkannya dan di
situ pasti terdapat firman Allah:
“…maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan…”
(Al-Furqan : 70)
Yakni tempat syirik digantikan
dengan iman. Zina akan digantikan keampunan dan tempat maksiat akan digantikan
dengan taat.
Diceritakan bahawa Umar bin Khattab
berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membawa botol
yang disorok di sebalik bajinya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang
engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut
untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan engkau beri
aku mali di hadapan Umar, jangan engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji
tidak akan minum arak selamanya”. Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul
Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka”. Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini
aku lihat”. Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan
tenyata memang benar arak itu bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah kepada
makhluk yang bertaubat hanya kerana takut kepada makhluk saja. Allah lantas
mengganti araknya dengan cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya
orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali
dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya. Allah akan menukar arak kejahatan
kepada cuka ketaatannya.
Tersebut pula dari Abu Hurairah ra,
dia berkata, “Pada suatu malam, setelah solat isyak, aku keluar bersama
Rasulullah saw. Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita, dia
berkata, “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku sedang melakukan dosa. Apakah aku
masih boleh bertaubat?” Kemudian kutanya dia, “Apakah dosamu itu?” Dia berkata,
“Aku telah berzina dan membunuh anakku hasil dari zina”. Lalu aku berkata
kepadanya, “Terlaknatlah engkau. Terlaknatlah engkau. Demi Allah, taubatmu
tidak akan diterima”. Lalu wanita itu keluar dengan hati yang sedih dan pergi. Maka
aku terfikir dalam hatiku. Mengapa aku berfatwa? Sedangkan Rasul berada di
samping kami. Maka aku segera menemui baginda. Lalu baginda berkata, “Engkau
sudah salah. Apakah engkau tidak mendengar ayat:
“Dan orang-orang
yang tidak menyembah tuhan yang lain bersama Allah… Maka Allah akan mengganti
kajahatan mereka dengan kanaikan…”
(Al-Furqan : 68-70)
Kemudian
aku keluar dan berkata, “Siapa boleh menunjukkan padaku wanita yang bertanya
kepadaku tentang suatu masalah?” Lalu anak-anak berkata, “Dia telah gila wahai
Abu Hurairah!” Namun ku cari dia sampai bertemu dan khabarkan kepadanya bahawa
taubatnya masih boleh diterima. Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata, “Aku
ada kebun. Maka aku sedekahkan ia kerana Allah dan Rasul-Nya”.
Riwayat: Dari Utbah al-Ghuam ra, dia
termasuk ahli fasik dan fujur. Terkenal suka membuat onar dan minuman arak. Pada
suatu hati dia masuk ke majlis Hasan al-Basri saat beliau membaca tafsir ayat:
“Belumlah tiba
waktunya bagi orang-orang yang beriman, bahawa tunduk hati mereka untuk
mengingati Allah…”
(Al-Hadid : 16)
Nasihat yang diberikannya amat
mengetuk hati hadirin sehingga mereka menangis. Kemudian ada seorang pemuda
berdiri, seraya berkata, “Ya Sheikhul Mukminin! Adakah Allah menerima taubat orang
fajir seperti aku ini?“ Lalu Sheikh menjawab, “Benar, Allah akan menerima
taubat saat kefasikan dan kebiadapanmu”. Ketika Utbah al-Ghulam mendengar
ucapan itu, wajahnya nampak girang, tubuhnya gementar, menjerit dan jatuh
pengsan. Ketika dia sedar, Hasan lalu mendekatinya seraya membaca syair:
Wahai pemuda yang maksiat kepada
Rabbul Izzati.
Tahukah engkau balasan orang yang derhaka.
Baginya Neraka Syair penuh gemuruh
nyala api.
Jika tahan api neraka berbuatlah
derhaka.
Jika tidak tinggalkan saja.
Atas dosa yang engkau telah perbuat.
Hapuskanlah sungguh-sungguh dengan
bertaubat.
Mendengar syair itu kembali Utbah
menjerit dan jatuh pengsan. Dan ketika telah sedar, dia berkata, “Wahai Sheikh,
apakah Allah menerima taubat hamba yang hina seperti aku ini?” Kemudian Sheikh
berkata, “Apakah diterima taubat hamba yang membuat maksiat selain Tuhan yang
Maha Pemaaf?” Lalu pemuda itu menghadapkan kepalanya ke langit dan memanjatkan
tiga buah doa. Pertama dia berkata, “Ya Tuhanku, jika Engkau terima
taubatkuserta mengampuni dosaku, muliakanlah aku dengan faham dan hafalan,
sehingga aku hafal setiap ilmu dan ayat yang aku dengar”. Kedua dia berkata, “Ya Tuhanku, muliakanlah
aku dengan memiliki suara yang bagus. Sehingga orang yang mendengar ayat dariku
bertambah iman dalam hatinya. Meskipun dia berhati keras”. Ketiga dia berkata, “Wahai
Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari
sesuatu yang tidak diduga”. Kemudian Allah mengabulkan semua dosnya. Sehingga bertambahlah
kefahaman dan hafalannya. Ketika dia membaca Al-Quran, maka sedar dan bertaubatlah
setiap orang yang mendengarnya. Setiap hari di rumahnya ada segelas minuman
yang lazat dan dua potong roti. Tidak seorang pun yang tahu siapa yang
meletakkannya sehinggalah dia meninggal dunia. Demikianlah inilah keadaan orang
yang bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala
orang yang berbuat baik.
Ada sebahagian ulama ditanya, “Apakah
seseorang itu tahu bahawa taubatnya itu diterima atau ditolak?” Lalu ulama itu
menjawab, “Tidak ada kepastian dalam hal itu. Akan tetapi ada tanda-tandanya. Bagi
orang yang diterima taubatnya, dia sentiasa akan menjaga dirinya dari maksiat. Dalam
hati seolah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingati Allah. Dia suka
bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap
banyak terhadap dunia yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal
Akhirat yang banyak. Hanya sentiasa terpaut dengan sesuatu yang telah
diwajibkan Allah atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan
menyesal atas dosa yang telah dilakukan”.