Sabar adalah separuh dari iman, tanpa sabar itu dimana tahan iman kita sebenarnya..?? |
Sabar dan Sakit
Barangsiapa ingin selamat
daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk Syurga-Nya,
hendaklah dia menahan nafsu darip-ada segala keinginan dunia, di samping sabar
atas kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar
mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah(taat). Sabar meninggalkan
larangan-larangan-Nya. Dan sabar ketika mendapat bencana. Barangsiapa bersabar
kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat
di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan
barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah
akan memberikannya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit dan bumi ke
tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Akhirat
Allah akan memberikannya tujuh ratus darjat diSyurga. Tiap-tiap darjat di
antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi
SAW, sesungguhnya baginda bersabda, Allah telah berkata:
“Barangsiapa
ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku
memberikannya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia
meminta perlindungan kepada makhlik, pasti Ku-tutup semua pintu langit
baginya”.
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas
bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mngadu (kepada makhluk). Maka dia akan
selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling
pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junaid al-Baghdadi ra telah berkata, “Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah(lupa). Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
sabar”.
Rasulullah SAW juga
bersabda,:
“Barangsiapa sakit
semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan
ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segere meminta
sembuh”.
Telah berkata Adl Dlahak ra, “Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu
bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah”.
Daripada Muaz bin Jabal
ra, beliau berkata, “Ketika Allah menguji
hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat
amal buruk, “Hapuskan catatan daripadanya”. Dan berkata kepada pencatat amal
baik, “Tuliskan untuk hamba-Ku yan lebih baik daripada apa yang dia perbuat”.
Tersebut pula dalam
sebuah Hadis. Daripada Nabi SAW, baginda bersabda,
“Ketika sorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat
kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku” Jika dia berkata
‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata,
“Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika aku mematikannya, Ku ganti dia daging yang
lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.
Dan Aku hapuskan pula keburukannya”.
Tersebut dalam kisah. Ada
salah seorang lelaki fasik daripada Bani Israel. Orang kampung tidak dapat lagi
membendung kefasikannya.mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu
kepada Nabi Musa as bahawa di antara Bani Israel itu ada seorang pemuda fasik.
Kemudian Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehingga mereka tidak
terjilat api (Neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu
kampung. Kemudian Allah SWT memerintahkan lagi agar Nabi Musa as mengusirnya.
Maka dia mengusir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang
tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit
dan tidak ada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah, Dia meletakkan kepalanya
sambil berkata, “Kalaulah kepalaku ini dipangku oleh ibuku, tentulah dia
mengasihiku. Tentulah dia menangis menatapiku. Kalaulah ayahku ada di sini,
pasti dia akan menolong dan merawatku. Kalaulah isteriku ada di sini, tentu
akan menangisi kematianku. Jika anak-anak ada, tentulah mereka akan
tersedu-sedumengiringikan jenazahku, lalu mereka akan berdoa, “Ya Tuhan,
ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir dari kota
kampung dan dari kampung ke padang yang gersang”. Yang keluar dari dunia dank e
Akhirat tanpa harapan suatu apa pun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari
orang tuaku, anak-anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku
daripada rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkau telah
membakar hatiku sabab berpisah dengan mereka. Namun janganlah engkau membakar
hati ini dengan Neraka-Mu kerna kemaksiatanku”. Kemudian Allah mengutuskan
bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan bidadari lain menjelma menjadi
isterinya. Begitu ghilman (anak-anak Syurga) menjelma senagai anak-anaknya. Serta
mengutus Malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk disisinya dan
meratapinya. Lalu lelaki itu berkata, “Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku,
anak-anakku telah hadir di sisimu”. Maa legalah hatinya sehingga pulang ke
rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada
Nabi Musa, “Pergilah ke suatu padang di suatu tempat di sana. Di situ telah
mati seorang wali. Maka hadir dan uruskalah dia!” ketika Musa as dating ke
tempat itu, beliau melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung
dengan perintah Allah. Juga baginda lihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda
berkata, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari kota dan dari
sebuah kampung atasperintah-Mu?” Allah berkata,”Wahai Musa, sesungguhnya Aku
telah merahmati halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya.
Maka Aku utus para bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya, Malaikatsebagai
bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang
meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis
mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan Aku Maha
Pengasih?”
Jika seseorang menghadapi
sakaratul maut di permusafiran, Allah akan berkata, “Wahai Malaikat-Ku, ini
adalah orang asing sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak dan isteri dan
orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan meratapinya”. Kemudian Allah
menjadikan seorang Malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya,
seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mareka
masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah
hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian
ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkan ke kubur dan mereka mendoakan
sampai hari Akhirat.
“Allah Maha Halus (penyamtun) kepada hamba-hamba-Nya…”
(Q.S. Asy Syura:19)
Ibnu Aththok berkata, “Akan
terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana
mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila
ditimpa bencana, jelas dia orang yang usta. Meskipun orang yang mempunyai
segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angina bencana, sungguh tidak
berguna ilmu dan amalannya. Allah telah
berfirman dalam Hadis qudsi:
“Barangsiapa tidak rela dengan
keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari
Tuhan selain Aku!”
Wahab bin Munabbah bercerita:
Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun. Kemudian
dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu”. Dia bertanya,
“Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian
Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan
tidak tidur semalaman. Kemudian dia mengadu perihalnya itu kepada Allah. Maka
pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima
puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu”.
No comments:
Post a Comment