Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat
Allah SWT telah
memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
“Wahai
Musa, jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada
lisamu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu, daripada
cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu,
maka perbanyakkanlah membaca selawat kepada Muhammad SAW”.
Allah SWT telah
berfirman:
“Hendahlah
tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Kiamat)”.
(Q.S.Al Hasyr:18)
Ketahuilah wahai manusia!
Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhi daripada
Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah
engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak
nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap
rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya,
hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika
engkau lemah melawannya, lalu mengikutinya, tentu dia melemparmu ke Neraka.
Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas
Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.
Jika
seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat,
maka renungan itu dapat menyuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah
setahun”.
Demikian dalam tafsir Abul-Laits. Maka
sayunginya bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu
dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan
angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan
larangan-larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan
syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti
menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan
nafsunya.
Diceritakan
bahawa Malik bin Dinar berjalan di pasar Basrah. Dia melihat buah tin hingga
tumbuh keinginannya terhaap buah itu, seraya berkata, “Berilah aku buahitu”.
Dan si penjual itu melihat kasutnya lalu berkata, “Oh, ini tidah
cukup!”kemudian Malik berlalu. Maka dikatakan kepada penjual itu, “Apakah
engkau tidak mengetahui siapakan dia?” Pnjual itu menjawab, “Tidak”. Dikatakan
kepadanya, “Dialah Malik bin Dinar”. Dengan segera penjual itu meletakkan bakul
di bahu pelayannya seraya berkata, “Jika dia menerima buah ini daripadamu, maka
engkau merdeka!” Kemudian pelayan itu pergi mengikut Malik bin Dinar lalu
berkata kepadanya, “Terimalah buah ini daripadaku”. Tapi Malik bin Dinar
menolak. “Terimalah, sebab di sinilah kemerdekaanku”. Kata pelayan itu lagi.
Kemudian Malik menjawab, “Jika di sini kemerdekaan bagimu, maka di sini pulalah
sekaan bagiku”. Namun pelayan itu tetap juga mendesak-desak. Sehingga Malik
berkata, “Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak
mahu makan buah tin sampai hari Kiamat!”
Diceritakan
pula bahawa Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia ingin segelas
madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya.
Kemudian Malik mengambil dan memandangnya sejenak seraya berkata, “Wahai nafsu,
engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun, padahal umurmu tinggal sesaat
lagi”. Maka dia buang gelas itu daripada tangannya, dia tahan nafsunya hingga
dia meninggal. Demikianlah sifat para anbiya, aulia, siddiqin dan zahidin serta
orang-orang yang merindukan Allah.
Telah
berkata Nabi Sulaiman bin Daud as:
“Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih
sulit daripada membuka sebuah kota sendiri”.
Ali bin Abi Talib ra juga berkata,
“Aku dan nafsuku bagaikan gembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari
sati sisi, dia melompat dari sisi lain. Barangsiapa dapat menjinakkan nafsunya,
dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karomah. Tetapi barangsiapa
membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam
bumi azab!”
Zahya
bin Muaz Ar Razi berkata, “Prangilah nafsumu dengan taat dan riadhah (latihan
rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan
kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata
akan selamat daripada bencana. Dan menahan pedih dapat menghantarkan sampai ke
puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak
makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah
adalah lapar. Serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Terangkanlah hatimu dengan lapar.
Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalan mengetuk pintu
Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan
membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amalan yang lebih disukai oleh
Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang
yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah”.
Telah
berkata Abu Bakar Siddiq ra, “Aku pernah
kenyang semanjak aku masuk Islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada
Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu
berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah.
Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah
anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan
bangkai terbuang”. Demikianlah dalam kitab ‘Minhajul Abidin’.
Daripada
Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya, “Janganlah engkau banyak tidur
dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal
soleh”. Ini tersebut dalam kitab ‘Maniyyatul Mufti’.
Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah engkau membunuh hati dengan
banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika
tergenang air”.
Orang-orang soleh mentafsirkan perut ibarat
kuali di bawah hati. Jika terisi banyak akan menggnangi hati sehingga menjadi
kotor dan hitam. Di samping itu banyak makan sapat mengurangi kecerdasan dalam
mencari ilmu.
Diceritakan
daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat Iblis membawa beberapa tali.
Kemudian dia bertanya, “Apa itu?” Iblis menjawab, “Inilah ‘syahwat’. Dengan ini
akan aku ikat anak cucu Adam”. Yahya as bertanya lagi, “Apakah pernah engkau
mengikatku dengan itu?” Iblis menjawab, “Tidak. Hanya pada suatu malam engkau
makan sampai kenyang kerananya aku beratkan engkaumelakukan solat”. Kemudian
Yahya as berkata, “Sesungguhnya setelah kejadian itu aku tidak akan makan
sampai kenyang selamanya”. Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang selama
hidupnya kecuali satu malam. Bagaimana orang yang tidak pernah lapar salama
hidupnya kecuali satu malam lalu mengharapkan lazatnya ibadah?
Diceritakan
juga daripada Yahya bin Zakaria as.
Pernah satu kali dia kekenyangan makan gandum. Pada malam itu dia
tertidur ketika berwirid. Kemudian Allah memberi wahyu kepadanya seraya
berkata, “Apakah engkau menemukan rumah untukmu yang lebih bagus daripada
rumah-Ku? Apakah engkau menemukan teman yang yang lebih baik daripada berteman
dengan-Ku? Demi kwmuliaan dan keagungan-Ku jika engkau melihat Syurga Firdaus
lalu melihat Neraka Jahanam, pastilah engkau akan menangis mengeluarkan nanah
sebagai ganti air mata dan engkau akan memakai besi bagi menggantikan kain”.
No comments:
Post a Comment