Nafsu Musuh Utama Manusia yang tidak kelihatan dan perlu di lawan... |
Memerangi Nafsu dan Syaitan
Sudah semestinya orang yang berakal memerangi keinginan nafsu
dengan lapar. Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam
tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!”
Sesungguhnya
manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamat adalah orang yang
paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahayayang paling besar bagi manusia
adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke
Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Namun mereka
tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya. Dan pada dasarnya
perutlah sebagai sumber segala syahwat.
Sebahagian ulama
mengatakan, “Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi
hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjarakegilaannya. Dan hatinya semakin
lalai. Barangsiapa menyiram bumi tubuh ini dengan syahwat, bereti dia telah
menanam ‘pohon’ penyesalan dalam hatinya”.
Sesungguhnya Allah
menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan Malaikat hanya diberikan
akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat
tanpa diberi akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat.
Jika seseorang telah mengalahkan akaalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia.
Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia
lebih baik daripada Malaikat.
Ibrahin al Khawas
telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke Gunung Lukam, ingin sekali aku
mengambil buah delima. Kemudian ku ambil satu dan kupecahkan. Namun apabila
kumakan sedikit berasa masam. Maka kutinggalkan sahaja buah delima itu.
Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni yang menggigit.
Lalu aku menegurnya, “Assalamualaikum”. Dia menjawab, “Waalaikumsalam, wahai
Ibrahim”. Kutanya dia, “Bagaimana engkau mengenalku?” Dia menjawab,
“Barangsiapa yang makrifatkepada Allah tidak ada suatu samar baginya”. Lalu aku
mengatakan, “Kulihat engkau istimewa di sisi Allah. Mengapa engkau tidak
memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?” Dia menjawab, “Aku pun melihat
engkau mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon
agar selamat dari syahwat (keinginan) terhadap delima? Sesungguhnya lazatnya delima
dapat mengakibatkan seseorang menderita di Akhirat. Sedangkan gigitan lalat
hanyalah terasa di dunia saja. Gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan
syahwat itu pada hati!” Kemudian aku pun berlalu dari situ.
Syahwat dapat
membuatkan raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi
raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha? Yusuf menjadi raja
Mesir sebab kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, fakir dan lemah kerana
syahwatnya. Zulaikha tidak sanggup menahan cintanya kepada Yusuf.
Diceritakan bahawa
Abul Hasan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia
meninggal. Dia mengenakan pakaian daripada aspal. Kemudian Abu Hasan bertanya, “Wahai
ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka”. Lalu dia menjawab, “Wahai
anakku, nafsukutelah menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku,
terhadap tipuan nafsumu”.
Sungguh aku diuji
empat perkara.
Selalu menjeratku
dalam binasa.
Iblis, dunia,
nafsu dan syahwat.
Bagaimana selamat,
sedangkan mereka musuh semuanya.
Kulihat syahwat
dan keinginanku.
Hatim al-Ashom
berkata, “Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku dan dosa adalah
kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku”.
Sebahagian ahli
Makrifat berkata jihad itu ada tiga macam. Pertama, jihad melawan orang-orang
kafir. Ini jihad lahir. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
“Mereka berjihad di jalan Allah…”
(Q.S. Al Maidah:54)
Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan ilmu dan
hujah yang batil. Seperti yang tersebut dalam firman Allah:
“Dan berbalahlah(berdebatlah) dengan mereka
dengan jalan yang terbaik”.
(Q.S. An Nahl:125)
Ketiga, berjihad
melawan nafsu yang sentiasa menyeret pada kejahatan seperti yang difirman
Allah:
“Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan
hak) Kami, nescaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami…”
(Q.S. Al Ankabut:69)
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Jihad yang paling utama adalah memerangi
nafsu”
Sesungguhnya para
sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffur, mereka berkata, “Kita
baru pulang dari perang yang menuju ke perang yang lebig besar”. Ini kerana
besar lantaran jihad tersebut bersifat terus-menerus. Sedangkan menghadapi kaum
kuffur hanyalah sekejap dan jelas kelihatan. Sedangkan menghadapi nafsu syaitan
tidak kelihatan. Padahal menghadapi musuh yang jelas kelihatan lebih mudah
daripada musuh yang tidak kelihatan. Di tambah lagi syaitan mempunyai pembantu
di pihak kita, iaitu hawa nafsu. Sedangkan kaum kuffur tidak mempunyai pembantu
pada pihak kita. Jika engkau Berjaya membunuh orang kafi, kamu akan mendapat
harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendapat Syurga. Padahal
jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika engkau dikalahkan
oleh syaitan tentu akan mendapat seksa daripada Allah.
Sebagaimana dikatakan,
“Barangsiapa kehilangan kuda sewaktu ia berperang, sekurang-kurangnya kudanya
jatuh ke tangan kuffar. Tetapi barangsiapa kehilangan iman, tentulah dia
mendapat kemarahan Allah. Dan barangsiapa tertangkap oleh pihak kuffar, tidak
akan tangannya diikat di leher. Kakinya tidak akan diikat. Perutnnya tidak
dibiarkan lapar dan tidak dibogelkan. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam
kemarahan Allah, mukanya akan menjadi hitam. Tangannya diikat ke leher dengan
rantai. Kakinya diikat dengan tali api. Bahkan makanan, minuman dan pakaian
adalah api”.