Purdah
itu tiada kena mengena dengan islam dan tidak wajib dipraktikkan lagi.
Ini adalah satu jawapan kepada syubhat dan fitnah yang timbul mendakwa
purdah/niqab/menutup wajah tiada kaitan dengan Islam. Bacalah dan
telitilah. Dan jangan menelan bulat-bulat kata-kata ini. Sesungguhnya
kebenaran lebih kita cintai, Berhati-hati! Jangan kita menjadi penghina
pakaian yang dipakai oleh ibu-ibu wanita beriman iaitu isteri-isteri
Rasulullah SAW.
Dalam masalah
ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain
menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya
Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga
masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah (argumen) pihak yang lain,
agar saling memahami pendapat yang lain.
DALIL YANG MEWAJIBKAN Pemakaian PURDAH
1.
Firman Allah subhanahu wa ta'la ; وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ
مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ “Katakanlah kepada wanita
yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara
kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31) Allah ta'ala memerintahkan wanita
mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakupi perintah
melakukan jalan-jalan untuk memelihara kemaluan. Ini kerana menutup
wajah termasuk jalan untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan,
kerana jalan/wasilah memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab,
hal 7, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul
Qasim).
2. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ; وَلاَ يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا “Dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripada
mereka.” (QS. An Nur: 31) Ibnu Mas'ud berkata tentang perhiasan yang
(biasa) nampak daripada wanita: "(iaitu) pakaian" (Riwayat Ibnu Jarir,
dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa' IV/486).
Dengan demikian yang boleh nampak daripada wanita hanyalah pakaian,
kerana memang tidak mungkin disembunyikan.
3. Firman Allah subhanahu wa ta’ala ; وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.”
(QS. An Nur: 31) Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan
lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Ini kerana wajah adalah tempat
kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini
memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan
membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syaikh Muhammad
bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
4.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala: وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ
لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ “Dan janganlah mereka
memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan.” (QS. An Nur: 31) Firman Allah subhanahu wa ta’ala: Allah
melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang
dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana
dikhuatiri lelaki akan tergoda gara-gara mendengar bunyi gelang kakinya
atau semacamnya. Maka godaan yang ditimbulkan kerana memandang wajah
wanita cantik, apalagi yang dihias, lebih besar daripada sekadar
mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih wajar
untuk ditutup untuk menghindari kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab,
hal 9, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul
Qasim)
5. Firman Allah subhanahu wa ta'ala;
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ اللاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ
عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ
بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan
mengandung) yang tiada ingin khawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa
menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan
perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60) Wanita-wanita tua
dan tidak ingin kahwin lagi ini diperbolehkan menanggalkan pakaian
mereka. Ini bukan bererti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang
dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh
badan, pakaian yang dipakai di atas baju, yang baju wanita umumnya tidak
menutupi wajah dan telapak tangan.Ini bererti wanita-wanita muda dan
berkeinginan untuk kahwin mesti menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah
Al-Hijab, hal 10, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin,
penerbit Darul Qasim). Abdullah bin Mas'ud dan Ibnu Abbas berkata
tentang firman Allah "Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka." (QS An Nur:60): "(Iaitu) jilbab". (Kedua riwayat ini
dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa
IV/523) Dari 'Ashim Al-Ahwal, dia berkata: "Kami menemui Hafshah binti
Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, iaitu dia menutupi
wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: "Semoga Allah merahmati
anda, Allah telah berfirman, وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي
لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ نَّعَلَيْهِ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ
ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ "Dan perempuan-perempuan
tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin
kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka
dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60) Yang
dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: "Apa firman Allah
setelah itu?" Kami menjawab: وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ
وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ "Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik
bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha .” (QS. An-Nur: 60) Dia
mengatakan, "Ini menetapkan jilbab." (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami'
Ahkamin Nisa(IV/524)
6. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ;
غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ “Dengan tidak (bermaksud) menampakkan
perhiasan.” (QS. An-Nur: 60) Ini bererti wanita muda wajib menutup
wajahnya, kerana kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya,
berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan
dipuji oleh lelaki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang,
sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat
Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-
'Utsaimin, penerbit: Darul Qasim).
7. Firman
Allah subhanahu wa ta’ala: يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ
وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن
جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ
اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka
menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Allah
memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar
rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka
dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata
saja." (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini
dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari
ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513) Qatadah berkata tentang
firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59), "Allah memerintahkan para wanita,
jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka
mudah dikenali dan tidak diganggu." (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh
Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Wanita itu
menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." (Riwayat
Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat
Jami' Ahkamin Nisa IV/514) Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya
mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu
menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya
sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia
menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya,
atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh
Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513) As-Suyuthi
berkata, "Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini
terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita." (Lihat
Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit
Darul 'Ashimah).
Manakala bagi hadis pula:
Dalil
yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA
ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada
Saidatina Asma’, “Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah
aurat kecuali ini dan ini". (Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan
tangan).
Setelah berbincang, kami berpendapat
seperti berikut: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, oleh yang
demikian kami rujuk kitab hadis Abu Daud dan mendapati bahawa Abu Daud
mengatakan bahawa hadis ini mursal iaitu terputus sanadnnya, oleh yang
demikian, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana Khalid
bin Duraik dikatakan tidak berjumpa dengan Saidatina Aishah r.ha. Oleh
yang demikian, hadis ini tidak dapat menyangkal ayat al-Qur’an yang
ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan tidak pula bertentangan dengannya. Ini
adalah kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana Abu Daud
sendiri yang meriwayatkannya dan tidak pasti kesahihannya.
Dalil
yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa
ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat
wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya
tidak memandang wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai
purdah. (Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu
berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail)
Kami
berpendapat seperti berikut: Hadis ini dipertikaikan oleh ulama’ yang
menghukum tidak perlu menutup muka ialah kerana Rasulullah tidak
memerintahkan wanita itu menutup muka sebaliknya hanya menolehkan wajah
sahabatnya Fudhail. Manakala menurut ulama’ yang menghukum wajib menutup
wajah mengatakan bahawa ini berlaku ketika ihram. Sebagaimana kewajipan
memakai purdah adalah terkecuali ketika solat dan ihram, maka wanita
ini tidak wajib berpurdah kerana sedang berihram. Sebab
itu,
Rasulullah hanya menolehkan muka sahabatnya dan tidak memerintahkan
wanita itu menutup mukanya. Oleh yang demikian kedua-duanya mempunyai
hujah yang seimbang. Wallahua’lam.
Dalil
ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah,
seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam
hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan.
(pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah,
sebaliknya hanya menjawab soalannya)
Kami
berpendapat seperti berikut: Hadis ini menjadi hujah bagi yang
mengatakan pemakaian purdah tidak wajib kerana wajah wanita yang berdiri
itu kemerah-merahan, oleh yang demikian ia jelas terbukti wajahnya
kelihatan. Namun pendapat ini dipertikaikan oleh ulama-ulama’ yang
menghukum wajibnya purdah kerana hadis ini tidak tercatatkan bila, oleh
itu terdapat kemungkinan ia berlaku pada solat hari raya antara
tahun-tahun sebelum tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kewajipan
menutup aurat diperintahkan pada tahun kelima hijrah sedangkan kewajipan
solat hari raya pada tahun kedua atau ketiga hijrah. Selain itu, wanita
ini juga berkemungkinan telah tua bangka kerana wanita yang telah
menopause atau tiada berkeinginan berkahwin diizinkan menanggalkan
purdahnya berdasarkan ayat al-Qur’an Surah an-Nur ayat ke-60. Oleh itu
kedua-dua hujah adalah seimbang. Wallahua’lam.
Kesimpulannya,
kami berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh
kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.
Oleh
yang demikian tiada pertikaian mengenai menutup dahi atau tidak dan
memakai sarung tangan atau tidak. Bagi yang berpegang pada sunat,
perlulah berdasarkan dalil yang rajih yang telah dikaji begitu juga bagi
yang berpegang pada wajib perlulah didasari kajian dan penelitian dalil
yang adil dan bukan ikut-ikutan.
Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya.
Jika
dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh
menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan
oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan
atau menuduh orang lain berlebihan hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA
PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut.
Maka,
wajib atau sunat itu pendapatnya. Begitu juga apabila seseorang itu
telah mengkaji bersungguh-sungguh tentang hukum purdah dan menghukum ia
sebagai sunat, maka tiada sesiapa boleh memaksanya. Ini hanya dalam hal
jika ia TELAH MENGKAJI DAN MENDALAMI ILMU MENGENAINYA.
No comments:
Post a Comment