Takut Kepada Allah SWT
Tersebut
dalam sebuah Hadis. Dari Rasulullah SAW, baginda b’sabda:
“Sesungguhnya
Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.
Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan
kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan
makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca
selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam
lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan
mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada
setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi
orang tersebut sampai hari Kiamat ”.
Setengah
hukama mengatakan, “Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan
roh pada sedikitnya dosa, dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat
kepada ‘Khairil Anam’(Muhammad SAW)”.
Allah
SWT berfirman:
“Wahai
orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap)
orang memperhatikan apa yang diusahakan esok(Hari Kiamat). Takutlah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”.
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya
Malaikat, langit, bumi, siang, dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai
saksi atas apa-apa yang dilahukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau
maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memeberi
kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, “Dia telah bersolat, berpuasa,
berhaji dan berjihad diatasku”. Maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan
juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata, “Diatasku dia
telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram”. Bumi itu akan membantah
pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang
akan takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits
telah berkata,
“Tanda-tanda takut
kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara”.
~Pertama, pada
lisannya. Dia menghindari daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual
kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca
Al-Quran dan muzakarah ilmu.
~Kedua, pada hatinya.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran
kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
“Hasad itu dapat
memakan kebikan sebagaimana api membakar kayu”.
Ketahuilah bahawa
hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati
selain dari ilmu dan amal.
~Ketiga, pada
pandangan. Maka dia tidah suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau
hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia
memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersanda:
“Barangsiapa memenuhi matanya
dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat”.
~Keempat, pada
perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana
Nai SAW bersabda:
“Maka sesuap daripada barang
haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi
melaknatinya selama sesuai atau setuk barang itu di dalam perutnya. Jika dia
mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka”.
~Kelima, pada kedua
tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya
menggunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada
Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya allah
SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjudhijau. Di dalamnya terdapat tujuh
puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang
boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia
menolaknya kerana takut kepada Allah”.
~Keenam, pada
langkahnya (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah
untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para
ulama dan orang-orang soleh.
~Ketujuh, terlihat
pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari
keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa
melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang
yang dikatakan oleh Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang
taqwa dalam kebun-kebundan mata air(Syurga)”.
(Q.S. Al Hijr:45)
Seolah-olah
Allah mengatakan, “Susungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api
Neraka”.
Dan
seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus
sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mngharapkannya. Sebagaimana
termaktub dalam firman allah:
“Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah”.
(Q.S. Asy Syura:28)
Dia
harus sentiasa menyembah kepada Allah. Menhentika perbuatan buruk. Serta bertaubat
kepada Allah.
Hikayat: Pada suatu hari Nabi
Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam
hati dia berkata: “Apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?” Maka dengan izin
Allah ulat itu berbicara seraya berkata, “Wahai Nabi Allah! Di siang hari
Tuhanku mngilhamkan agar aku membaca ‘Subahanallah Wal Hamdulillah Wala-Ilaha Illa
Allah’ seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca ‘Allahumma
Solli ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala alihi Wasohbihi Wasallam’ seribu
kali. Lalu apa yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?”
Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada
Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.
Nabi Ibrahim Al Khalil as
tatkala mengingati kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah
mengutuskan Jibril as dating kepadanya seraya berkata, “Allah kirim salam
kepada engkau dan berkata, “Adakah engkau melihat seseorang takut kepada
kekasihnya?” Kemudian Jibril as menjawab, “Jika aku ingat kesalahanku dan
memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-Nya”. Demikianlah akan
keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.
No comments:
Post a Comment