Menangis
kerana takut kepada Allah SWT
Telah
berkata Abul-Laits ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai
para Malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai
hari Kiamat. Mereka takutmenderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka
mengangkat kepala, seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah
Engkau dengan sesungguhnya”. Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:
Mereka itu(Malaikat) takut
kepada Yuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh”.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba
bergetar kerana takut kepada Allah berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh
dari pohonnya”.
Diceritakan:
Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk
suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung
yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud
hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur
semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinyahendak
dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah
jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata,
“Benar semua orang telah tidur”. Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah
pendapatmu dengan Allah? Apakah saai ini Dia juga tidur?”. Lelaki tersebut
menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur”. Wanita itu lalu berkata
lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia
sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh sebabnya Dia lebih berhak kita
takuti”. Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut
kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal
dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang
dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku
kerana ketakutan dan meninggalkan dosa itu”.
Hikayat:
Di dalam golongan Bani Israel ada seorang lelaki abid yang menanggung keluarga
yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan yang menyulitkan dia mencari pendapatannya
sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintahkan isterinya agar
mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Kemudian perempuan itu dating ke
rumah seorang lelaki kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang
kaya itu berkata, “Baiklah. Tapi serahkan dirimu untukku barang sebentar”.
Perempuan itu terdiam dan segera pulang ke rumahnya. Apabila pulang melihat
anak-anaknya merengek-rengek, “Ibu, kami akan mati nkelaparan. Berilah kami
makanan”. Hatinya tidak tertahan. Dia kembali ke rumah orang kaya tadi dan
ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya, “Apakah engkau
bersetuju dengan permintaanku?” Perempuan itu mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik
yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota
badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya, “Mengapakah engkau
melakukan demikian?” Perempuan itu menjawab, “Sebenarnya aku takut kepada
Allah”. Kemudian orang kaya itu berkata, “Engkau telah takut kepada Allah
bersama dengan kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau”.
Segera dia menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberinya apa yang
diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat yang
melimpah, sehingga keluarganyamenjadi senang. Kemudian Allah memberiwahyu
kepada Nabi Musa as: “Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni
dosanya”. Lalu Nabi Musa as dating kepada orang kaya itu seraya berkata,
“Barangkali engkau telah berbuat sesuatu kebaikan antan engkau dan Allah”. Lalu
orang kaya itu menceritakan apa yang telah berlaku dan Nabi Musa as berkata,
“Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu..” Demikianlah tersebut dalam
kitab ‘Majma’ul Lathaif’.
Dirawikan daripada Nabi Muhammad
SAW, baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah
berkata, “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan.
Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa(merasa)
aman dari-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat”.
Allah
SWT berfirman:
“Maka janganlah engkau takut
kepada manusia dan takutlah kepada-Ku”.
(Q.S. Al Maidah:44)
Dalam
ayat lain Allah SWT berfirman:
“Janganlah engkau takut kepada
mereka dan takutlah kepada-Ku”
(Q.S. Al Imran:175)
Pernah pada suatu ketika Umar
bin Khattab jatuh pengsan, apabila mendengar ayat Al-Quran dibaca. Kemudian
pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata, “Sekiranya aku
menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak
melahirkanku”. Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi
pipinya. Sehingga pada mukanya ada dua garis hitam bekas air mata. Sehingga
Rasulullah SAW pernah mengatakan,
“Api(Neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis
kerana takut kepada Allah SWT. Sehingga air susu kembali ke buah dada”.
Tersebut
dalam kitab ‘Raqaiqil Akhbar’.
Pada hari Kiamat seorang hamba
akan dipanggil. Oleh sebab amalan buruknya lebih banyak, maka diperintahkan dia
masuk Neraka. Kemudian sehelai rambut dipipinya berkata: “Ya Tuhanku, utusan-Mu
Muhammad pernah bersabda, “Barangsiapa yang takut kepada Allah, maka Allah
mengharamkan mata itu dalam Neraka. Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana
takut kepada Engkau”. Lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api
Neraka berkat sehelai rambut. Kemudian Jibril as mengumumkan “Fulan bin Fulan
telah selamat, berkat sehelai rambut!”
Tersebut
pila dalam kitab ‘Baidayatul Hidayah’:
“Manakala hari Kiamat,
didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika
mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak
perjalanan lima ratus tahun. Setip orang sehingga para nabi berkata,
“Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad SAW. Baginda berkata.
“Umat-umatku”. Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad SAW
berusaha menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang bersolat. Demi
orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang
berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” tetapi api itu tidak juga kembali.
Jibril as berkata, “Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad”. Lali ia
dating kepada Nabi Muhammad SAW dengan membawa segelas air sambil berkata,
“Ambillah air ini. Percikkan ia kea pi itu!” Kemudian Nabi SAW memercikkan kea
pi itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya, “Air apakah
ini?” Jibril as berkata, “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut
kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu
supaya engkau memercikkan kea pi sehingga padam dengan izin Allah”.
Rasulullah SAW seringkali
berdoa:
“Ya Allah, berilah aku rezeki
dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis”.
Diceritakan
daripada Muhammad bin Munzir ra. Manakala menangis, beliau mengusapkan air mata
ke muka dan janggutnya sambil berkata, “Telah aku dengar bahawa api tidak akan
menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka sayugianya orang mukmin takut akan
seksaan allah serta menahan dirinya daripada nafsu dan syahwat. Allah telah
berfirman:
Maka barang siapa yang derhaka.
Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya.
Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada
hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya”.
(Q.S. An Nazi’at:37-41)
Barangsiapa ingin selamat
daripada Allah serta mendapatkan pahala dan rahmat-Nya, hendaklah dia sabar
atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta jauhi maksiat.
Dalam kitab Zahrir Riyadh,
dirawikan dari Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika telah masuk ahli Syurga,
mereka disambut oleh para Malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan.
Dipersilakan untuk mereka singgah-sana bermaidani indah. Disajikan untuk mereka
segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi hairan.
Kemudian Allah berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku mengapakah engkau hairan? Ini
bukan tempat untuk merasa hairan”. Mereka menjawab, “Janji untuk kamitelah tiba
waktunya. “Kemudian Allah berfirman kepada Malaikat, “Bukalah tabir daripada
muka mereka”. Malaikat menjawab, “Wahai Tuhanku, bagaimana dapat melihat
Engkau? Sedangkan mereka itu derhaka”. Allah berfirman lagi, “Bukakan tabir!
Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin
berjumpa dengan-Ku”. Lalu Malaikat membukakan tabir. Sehingga mereka dapat
melihat. Maka dengan segera mereka bersujud kepada Allah. Tetapi Allah
berfirman, “Angkatlah kepalamu. Ini bukan tempat beramal. Melainkan tempat
keramat(kemuliaan)”. Kemudian mereka Nampak Allah dengan tanpa kaifiyah. Dia
berkata kepada mereka, “Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hamba-Ku. Aku
redha kepadamu. Apakah engkau telah redha kepada-Ku?” mereka menjawab,
“bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu
yang belum pernah dilihat oleh mata, blum pernah terdengar oleh telinga bahkan
belum pernah terlintas dalam hati manusia”. Inilah yang dimaksudkan firman
Allah:
“Allah rela kepada mereka dan mereka
pun rela kepada-Nya”.
(Q.S. Al Baiyinah:8)
Dan
firman Allah berbunyi:
“(Dan ucapan) selamat perkataan
daripada Tuhan yang Pengasih”.
(Q.S. Yasin:58)